Want your
own Fotopage?







 
Puteri Dhiya Sumayyah

By: Adawiah Danial

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  >  >>]    [Archive]
Friday, 19-Jan-2007 02:40 Email | Share | | Bookmark
Intro Adawiah & Danial

 
 
 
View all 12 photos...
Berjaya menjadi peserta Cari Menantu...



BIODATA ADAWIAH

Nama: Engku Rabaal Adawiah
Umur: 24 thn
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Tarikh Lahir: 12 Oktober 1983
Asal: Terengganu
Pekerjaan: Saba Islamic Media




BIODATA DANIAL

Nama: Danial Divesh Kumar
Umur: 28 thn
Bangsa: India
Agama: Islam
Tarikh Lahir: 24 Julai 1979
Asal: Kuala Lumpur
Pekerjaan: Saba Islamic Media

Sudah tentu kami akan mengundi anda. Insya'allah. Semoga Papa Div dan Mama Wiyah berbahagia sehingga keanak cucu. Dengan kejayaan kamu berdua, membuatkan kami tak sabar-sabar untuk menyertai program "Mencari Madu" kuikuikuikuiii...heheheee...sorry aarr...gurau jer maaa... Wed 28-Mar-2007 15:03
Posted by:Jejaka Maskulin
moga anda berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat.. suke la tgk akak.. i hope u will win this competition tonite..muah..muah.. Sat 31-Mar-2007 05:16
Posted by:sheyra nazeyra_shafiq@hotmail.com
Syukran jazilan Shaykh zarul, Jejaka MAskulin dan Sheyra...
Alhamdulillah dah berjaya menjadi pasangan pilihan...
Mon 2-Apr-2007 01:04
Posted by:Adawiah adawiah1210@gmail.com  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Friday, 19-Jan-2007 02:09 Email | Share | | Bookmark
Program Cari Menantu di TV9, setiap Khamis (9.30 mlm)

 
 
Pengacara, Farah Adeeba
View all 5 photos...
Cari Menantu temui penonton di TV9

Oleh Mohd Nasif Badruddin

JIKA program realiti Mencari Cinta yang disiarkan tidak lama dulu mengundang kontroversi, Cari Menantu mahu tampil sebagai pengisian positif untuk penontonnya dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin, penggiat budaya, ulama dan mufti.

Ia penting supaya rancangan ini tidak terpesong dari segi kandungannya di samping boleh memberi panduan dan memenuhi keperluan masyarakat secara keseluruhannya selain menghiburkan.

Idea penghasilan program ini lahir daripada Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda dan Penerbit Eksekutif TV9 bagi Program Agama, Wan Alias Abdullah. Objektifnya untuk mengetengahkan konsep adat resam dan kebudayaan. Ia kini bersedia menemui penonton TV9 mulai hari ini, jam 9.30 malam.

Bukhari berkata, hampir setengah tahun juga mereka memikirkan idea dan konsep program ini. Cari Menantu menekankan sebuah program yang mempunyai nilai keIslaman dan tatacara membina rumahtangga mengikut nilai dan budaya tempatan.

“Rancangan ini akan mengumpulkan pasangan bakal pengantin untuk bersaing menjadi pasangan terbaik menuju alam berumah tangga.

“Konsepnya berkisar kepada proses memberi persediaan dan ilmu pengetahuan kepada pasangan yang hendak berkahwin, sebagai bekalan mereka menempuh kehidupan berumah tangga.

“Format ini membawa krew Cari Menantu menjelajah ke seluruh negara, mencari pasangan terbaik untuk dipilih bersaing dalam episod sebenar. Lebih seratus pasangan hadir diuji bakat.

“Kebanyakan daripada mereka dilihat cukup bersedia menjawab segala soalan yang dikemukakan juri profesional. Sudah tentu ia bukan satu tugas mudah untuk juri memilih pasangan yang paling layak untuk menyertai rancangan Cari Menantu,” katanya.

Katanya, daripada uji bakat, pasangan yang dipilih bertanding dalam episod sebenar akan melalui pelbagai kursus dan tugasan mengenai ilmu berumah tangga seperti cara menguruskan rumah tangga, menguruskan perbelanjaan keluarga, cara mengambil hati mertua, adab dengan ipar duai, petua kesihatan dan sebagainya.

Dalam melalui beberapa tugasan, proses penyingkiran akan dilakukan. Pada tahap ini nasib peserta akan ditentukan juri professional dan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton.

Setiap acara yang mengaitkan ujian, upacara merisik, bertunang, nikah dan kemudian bersanding akan dilakukan di tempat yang berbeza tetapi disiarkan dalam episod yang sama. Majlis persandingan ketiga-tiga pasangan ini ditaja oleh TV9.

“Bagi pemenang, hadiah perkahwinan yang menanti mereka adalah barangan kemas sumbangan Habib Jewel yang semuanya bernilai RM100,000, tiga pakej berbulan madu ke luar negara, sebuah kereta yang bernilai lebih RM70,000 sumbangan DRB Hicom di samping pelbagai hadiah menarik yang lain,” katanya.

Cari Menantu dihoskan Farah Adeeba Mohd Ashraff.

http://www.tv9.com.my/index.html

fuyoo adda congrate!!semoga kekal ke akhir hayat.. Wed 28-Feb-2007 08:42
Posted by:mc t
tima kasih mc t... Thu 12-Apr-2007 09:59
Posted by:Adawiah  - [Link]
assalamualaikum,saya ingin komen tentang cari menantu iaitu tentang artis jemputan.tidak sepatutnya program begini menjemput artis seperti misha omar dan lain2, kerana banyak lagi kumpulan nasyid yang ada di malaysia ini yang boleh dijemput.program ini sememangnya elok kerana boleh memberi pelbagai ilmu sebelum mendirikan rumah tangga.namun,dalam agama islam juga mengatakan,sekiranya terdapat konsert pada majlis kenduri yang boleh melalaikan,hukumnya makroh untuk hadir ke majlis kenduri tersebut. pada permulaan majlis kenduri 3 pasangan mencari menantu itu saya memang puji kerana dimulakan dengan selawat keatas nabi tetapi saya rasa amat kecewa apabila misha omar keluar dengan menyampaikan lagunya.kesimpulannya program begini tidak perlu menjemput artis yang menyampaikan lagu2 yang berunsur dakwah. Mon 31-Mar-2008 07:04
Posted by:NUR SYAFINAS RAMLI farraricute@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.