Puteri Dhiya Sumayyah

By: Adawiah Danial

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Monday, 9-Apr-2007 03:01 Email | Share | | Bookmark
From www.seindahwajah.com

 
 
 
View all 22 photos...
Credit to Kak Awin...
http://www.seindahwajah.com




Wednesday, 4-Apr-2007 06:30 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akad Nikah Adawiah & Danial - Juara Cari Menantu

 
 
 
View all 20 photos...


Tuesday, 3-Apr-2007 08:07 Email | Share | | Bookmark
Divesh, Engku Rabaal and the TV wedding of the year

Divesh, Engku Rabaal and the TV wedding of the year



PUTRAJAYA: Divesh Kumar Danial and Engku Rabaal Adawiah Engku Zahit are the latest reality show champs — winning TV9’s Cari Menantu — where engaged pairs compete to be the "ideal newlyweds".

Divesh, 28, and Engku Rabaal, 24, beat two other couples — Ahmad Lotfi Abd Wahab, 28, and Sarah Wani Rahim, 28, and Amiruddin Moksin, 25, and Farizan Hashim, 23, — in the final episode, which was broadcast live from the Putrajaya International Convention Centre, here, last night.

A wedding reception for the three couples, sponsored by TV9’s parent company, Media Prima, except for the mas kahwin (dowry) and hantaran (gifts), was also held at the same venue.

Jewellery, a honeymoon package to Turkey, an interior design package and electronic products were just some of the prizes. Divesh and Engku Rabaal also won a RM70,000 Chevrolet Aveo.

The three pairs captured the hearts of the jury and public, beating other couples in the personality, appearance, compatibility and marital knowledge stakes. Sixty per cent of votes came from the jury and 40 per cent from SMS votes.
The three couples were married at Masjid Putra here on Thursday night, solemnised by imam Abdul Manaf Mat.

Cari Menantu, which began on Dec 28, garnered an average following of 700,000 viewers each week, according to AC Nielsen Media Research.

It adopts a fresh approach to romance-based reality shows by pitting engaged couples preparing for marriage instead of match-making male and female contestants like TV3’s Cari Cinta which drew flak for going against traditional values.

To enter the programme, a couple must already be engaged, Muslims, aged 20 to 35 and have not been married before.

Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil was the guest of honour at last night’s reception and blessed the newlyweds during the merenjis (sprinkling of water) ceremony.

Also present were Media Prima chairman Datuk Abdul Mutalib Razak, the group’s TV Networks chief executive officer Datuk Farid Ridzuan and TV9 chief operating officer Bukhari Che Muda.

From New Sunday Times (NST)

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/National/20070401080939/Article/index_html


Tuesday, 3-Apr-2007 05:03 Email | Share | | Bookmark
Kasih Bertaut, Cinta Terikat di TV9

Kasih bertaut, cinta terikat di TV9
Oleh Rozdan Mazalan



Tiga pasangan program Mencari Menantu selamat menempuh gerbang perkahwinan cara istimewa

SATU-SATUNYA program yang berusaha merealisasikan impian peserta yang sedang menanti jodoh kini terjawab apabila tiga pasangan akhir program Mencari Menantu dirai stesen televisyen TV9 pada majlis persandingan yang diadakan secara meriah, Sabtu lalu.

Program yang disiarkan selama 13 minggu berturut-turut bermula pada 28 Disember tahun lalu menerusi TV9 itu berjaya mendedah perihal berkaitan alam perkahwinan dan rumah tangga untuk dikongsi bersama masyarakat.

Terdahulu, pada majlis pernikahan yang diadakan malam Khamis lalu, tiga pasangan iaitu Divesh Kumar Daniel, 28, dan Engku Rabaal Adawiah Engku Zahid, 24; Amiruddin Moksin, 25, dan pasangannya, Farizan Hashim, 23; Ahmad Lotfi Abd Wahab, 28, dan pasangannya Sarah Wani Rahim, 28, selamat dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Putrajaya, Ustaz Abdul Manaf Mat sambil disaksikan keluarga setiap pasangan.

Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda, berkata rancangan Mencari Menantu bukan saja sesuai untuk tontonan pasangan yang akan berkahwin tetapi sesuai diikuti mereka yang sudah berumahtangga.

“Kami di TV9 amat berbangga apabila berjaya merealisasikan impian mereka pada satu program realiti yang turut mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bagi pertandingan akhir ini, kita meletakkan 60 peratus penilaian daripada juri bertauliah dan 40 peratus daripada undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk menentukan pengantin pilihan penonton.

“Manakala penilaian dilakukan juri tetap iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nik Salida Suhaila Nik Salleh, Badlishah Alauddin dan Yusof Hussain.

“Insya-Allah, selepas kejayaan program ini untuk musim pertama, berkemungkinan ia akan diteruskan bagi musim kedua yang dijangkakan dilaksanakan tahun depan,” katanya pada majlis persandingan peserta.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Datuk Farid Ridzuan.

Sementara itu, pada majlis persandingan mereka, Daniel yang juga pendakwah bebas di Yayasan Perkhidmatan Informasi Islam (IISF), dan pasangannya, Engku Rabaal Adawiah, diumumkan sebagai pemenang Mencari Menantu, sekali gus menjadi peserta pertama mengukir nama dalam program realiti istimewa itu.

Mereka juga menewaskan Amiruddin Moksin, dan Farizan, yang menduduki tempat kedua, manakala Ahmad Lotfi dan Sarah Wani, tempat ketiga.

Selain majlis pernikahan dan persandingan ditaja sepenuhnya, Divesh memenangi hadiah barangan kemas sumbangan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM35,000, pakej bulan madu ke Istanbul, Turki dan kereta Chevrolet Aveo bernilai RM70,000 sumbangan Hicom Mobil-Chevrolet serta hadiah iringan lain.

Sementara itu, Daniel melahirkan kesyukuran atas kejayaan mereka sambil menyifatkan ia adalah rezeki dan hadiah perkahwinan.

“Kami menyertai program ini bukan untuk sasaran hadiah tetapi untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dalam konteks hubungan suami isteri dan alam rumah tangga,” katanya.

Adawiah pula menganggap semua peserta yang bertanding di peringkat final Mencari Menantu mempunyai kelebihan masing-masing, cuma mereka bertuah kerana meraih hadiah utama.

“Pengalaman yang diperoleh amat berharga dan tidak boleh dinilai dengan apa hadiah yang diperoleh. Namun, saya dan suami bersyukur kerana kemenangan ini adalah rezeki kepada kami,” katanya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Hiburan/20070403084147/Article


Monday, 2-Apr-2007 02:20 Email | Share | | Bookmark
Divesh, Engku Adawiah juara Cari Menantu tv9

 
 
 
View all 15 photos...
Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan rezeki yg tak disangka2...
Segala pujian hanya untuk-Nya...


Divesh, Engku Adawiah juara Cari Menantu tv9
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed



Pasangan raih barang kemas, kereta serta percutian ke Istanbul

PUTRAJAYA: Pendakwah bebas di Yayasan Perkhidmatan Informasi Islam (IISF), Divesh Kumar Danial Kakulai, 28, dan pasangannya, Engku Rabaal Adawiah Engku Zahit, 24, diumumkan sebagai pemenang rancangan Cari Menantu siaran stesen televisyen, tv9, pada majlis persandingan gilang gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Divesh dan Engku Adawiah menewaskan Amiruddin Moksin, 25, dan pasangannya, Farizan Hashim, 23, yang menduduki tempat kedua, manakala Ahmad Lotfi Abd Wahab, 28, dan pasangannya Sarah Wani Rahim, 28, tempat ketiga.

Khamis lalu, tiga pasangan terakhir program Mencari Menantu itu diijab kabul oleh Imam Masjid Putra, Abdul Manaf Mat pada majlis penuh bermakna di tempat yang sama dan disiarkan secara langsung tv9.

Ahmad Lotfi dan Sarah Wani dinikahkan dulu, diikuti pasangan Amiruddin dan Farizan serta pasangan Divesh Kumar dan Engku Adawiah. Majlis itu menyaksikan Sarah Wani menerima mas kahwin RM511 berserta wang hantaran RM7,000, Farizan pula menerima mas kahwin RM1,001 dan wang hantaran RM6,000, manakala Engku Rabaal Adawiah menerima mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran RM4,000.

Program bermula 28 Disember tahun lalu, memaparkan kisah pasangan dalam merealisasikan impian mendirikan rumah tangga. Seramai 200 pasangan diuji bakat pada peringkat awal tetapi hanya 10 pasangan melalui proses persediaan pra-perkahwinan yang disiarkan TV9 selama 13 minggu berturut-turut.

Penilaian dilakukan juri tetap iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nik Salida Suhaila Nik Salleh, Badlishah Alauddin dan Yusof Hussain.

Ketiga-tiga pasangan dinilai dari sudut hukum Islam, kekeluargaan dan ketrampilan. Pada peringkat akhir markah diberikan juri hanya 60 peratus dan bakinya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Divesh yang ditemui berkata, beliau bersyukur ke hadrat Ilahi di atas rezeki yang diterimanya itu.

“Bagi saya upacara akad nikah dan majlis persandingan ini adalah hadiah kepada kebahagiaan kami.

Selain majlis pernikahan dan persandingan ditaja sepenuhnya, Divesh memenangi hadiah barangan kemas sumbangan Habib Jewels bernilai RM35,000, pakej bulan madu ke Istanbul, Turki dan sebuah kereta Chevrolet Aveo bernilai RM70,000 sumbangan Hicom Mobil-Chevrolet serta hadiah iringan lain.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak; Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Datuk Farid Ridzuan dan Ketua Pegawai Operasi tv9, Bukhari Che Muda.


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Nasional/20070401104827/Article


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net