Puteri Dhiya Sumayyah

By: Adawiah Danial

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  >  >>]    [Archive]
Friday, 23-Mar-2007 07:52 Email | Share | | Bookmark
Taip UNDI DA Hantar ke 33999

Undi pasangan Danial & Adawiah sbg Pasangan Pilihan anda...
Undian SMS: Taip UNDI DA dan hantarkan ke 33999...
Talian tetap: Sila Dail 13709...

Please vote 4 us...
Terima kasih atas undian anda...



* Saksikan Danial & Adawiah di rancangan MHI, TV3 Rabu ini (28 Mac 2007)...


Saksikan Majlis Pernikahan Danial & Adawiah pd 29 Mac 2007...
Di TV9 atau @Astro, channel 22... pukul 9.30mlm...
Saksikan Majlis Persandingan Danial & Adawiah pd 31 Mac 2007..
Di TV9 atau @Astro, channel 22... pukul 8.30mlm...
Disiarkan secara langsung dari Putrajaya convention Centre...


Thursday, 22-Mar-2007 04:03 Email | Share | | Bookmark
MALAM INI, 9.30MLM DITV9 (22 MAC 2007)

Jgn Lupa Tonton Program Cari Menantu Malam Ini...
Saksikan Episod Pertunangan Danial & Adawiah...
Di TV9 atau @Astro, channel 22... pukul 9.30mlm...

Please vote 4 us...














CREDIT TO: KAK AWIN
Please visit --->
http://www.seindahwajah.com


Tuesday, 6-Mar-2007 06:19 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pertunangan Danial & Adawiah (2 Mac 2007)

Rombongan tiba...
 
 
View all 66 photos...
Jgn Lupa Tonton Program Cari Menantu Malam Ini...
Saksikan Episod Pertunangan Danial & Adawiah pd 22 Mac 2007...
Di TV9 atau @Astro, channel 22... pukul 9.30mlm...

Please vote 4 us...








Quote:
HI... NAK TGK GAMBA MAJLIS BERTUNANG ADAWIYAH&DANIEL KUNJUNGI WEBSITE www.seindahwajah.com Sat 17-Mar-2007 01:36
Posted by:AWIN makeup artist & photo seindahwajah@yahoo.com


Lunas impian 3 pasangan

Oleh Rudy Imran Shamsudin

PELBAGAI ranjau terpaksa ditempuhi sepanjang menyulam cinta buat pasangan Divesh Kumar Danial Kakulai, 28, dan Engku Rabaal Adawiah Engku Zahit, 24, yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan rancangan realiti TV, Cari Menantu terbitan TV9.

Tetamu yang hadir ketika sidang akhbar mengumumkan tiga pasangan layak ke peringkat akhir secara tiba-tiba sayu mendengar pengakuan Divesh bagaimana dia harus merahsiakan status agamanya supaya tidak diketahui keluarga demi menjaga hati ibu tersayang.

Divesh yang berketurunan India berkata, dia sudah memeluk Islam 10 tahun lalu dan berkenalan dengan bakal isteri hampir setahun lebih. Cabaran terpaksa ditempuh apabila mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Bagaimanapun tuah saya apabila rancangan Cari Menantu memudahkan perjalanan jodoh kami,” katanya yang bertugas sebagai Pegawai Pemasaran dan pendakwah bebas di Yayasan Perkhidmatan Informasi Islam (IISF).

Jelas Divesh, pada awal pembabitan dalam rancangan realiti TV itu, ia terpaksa dirahsiakan.

Hanya abang dan kakak Divesh yang sudah memeluk Islam sebelum itu mengetahui status pegangannya hanya mendiamkan diri demi menjaga hati ibunya, Madhuwati a/p Bechar, 63.

“Sehinggalah satu hari seorang jiran yang menonton rancangan itu menyampaikannya kepada ibu. Tidak dinafikan pada mulanya ibu tidak dapat menerima, namun saya jelaskan kepadanya apa yang dilakukan ini sudah ditakdirkan.

“Syukur apabila dijelaskan walaupun saya kini berlainan agama tetapi hubungan kekeluargaan tidak pernah putus, ibu akhirnya dapat menerima,” katanya.

Dalam hal ini, kata Divesh, tanggapan salah orang luar mengenai Melayu dan Islam membuatkan ibunya turut skeptikal apabila mengetahui anaknya kini punya pegangan berbeza.

“Sebelum ini orang selalu kata Islam itu Melayu dan begitulah sebaliknya. Walaupun saya sudah beragama Islam tetapi saya tetap orang India.

“Dilahirkan sebagai bangsa India, hidup cara India dan mati juga sebagai bangsa India. Tiada yang berubah kecuali pegangan saya,” katanya.

Di sidang akhbar itu, pengacara, Farah Diba, berkata kini ibu Divesh bukan saja boleh menerima Adawiah, malah menghadiahkan dua pasang lengga untuk digayakan pada hari bersejarah mereka.

Pada pertandingan akhir nanti, Divesh dan Adawiah bersaing dengan dua lagi pasangan Ahmad Lofti Abd Wahab, 28, dan bakal isteri, Sarah Wani Rahim, 28, dari Pulau Pinang dan Amiruddin Moksin, 25, dan Farizan Hashim, 23.

Pertandingan akhir bermula pada 29 Mac ini dengan acara akad nikah, yang mana ketiga-tiga pasangan dinikahkan serentak dan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Putrajaya.

Penerbit Cari Menantu, Azman Abdul Ghafar, berkata seperti biasa ketiga-tiga pasangan dinilai dari sudut ilmu pengetahuan Islam, maklumat kekeluargaan dan ketrampilan.

Pasangan dinilai juri tetap iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Islam, Universiti Sains Islam Malaysia, Nik Salida Suhaila Nik Salleh; Badlishah Alauddin dan Yusof Hussain.

“Di peringkat akhir markah diberikan juri hanya 60 peratus dan bakinya dari penonton menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

“Kami mengajak penonton menilai agar mereka dapat berkongsi ilmu mengenai adat istiadat dan hukum dalam perkahwinan,” katanya.

Keputusan pertandingan akhir Cari Menantu ini akan diumumkan pada majlis persandingan ketiga-tiga pasangan yang juga diadakan di Pusat Konvensyen Putrajaya, pada 31 Mac ini.

Sebelum majlis pernikahan dan persandingan, rancangan Cari Menantu turut menyiarkan adat istiadat perkahwinan Melayu bermula dengan merisik dan bertunang.

Kedua-dua adat ini mula ditayangkan dalam episod 11 hingga 13 yang lebih menonjolkan bagaimana persiapan untuk majlis itu dibuat.

TV9 akan menyiarkan secara langsung selama satu setengah jam upacara pernikahan ketiga-tiga pasangan bermula jam 9.30 hingga 11 malam sementara majlis perkahwinan disiarkan selama dua jam bermula 8.25 hingga 10.30 malam.

Selain majlis pernikahan dan persandingan ditaja sepenuhnya, pemenang bakal memenangi hadiah berupa barangan kemas sumbangan Habib Jewel bernilai RM100,000, pakej bulan madu ke Istanbul Turki, sebuah kereta AVEO bernilai RM70,000 sumbangan DRB Hicom dan hadiah iringan lain.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Bintang/20070320101738/Article/indexm_html


Thursday, 22-Feb-2007 03:35 Email | Share | | Bookmark
Saksikan Episod 9 Malam Ini (22 Feb 2007)...

Jgn Lupa Saksikan Program Cari Menantu...
Saksikan Episod 9 Malam Ini (22 Feb 2007)...
Di TV9 atau @Astro, channel 22...
Setiap Khamis, 9.30mlm...

Please vote 4 us...





Adawiah & Danial bersama Shah (pengacara) & Haziq Naim...


Adawiah & Danial bersama penyokong setia (family &friends)...


Penyokong paling setia, Haziq Naim...


Wednesday, 7-Feb-2007 02:41 Email | Share | | Bookmark
Saksikan Cari Menantu...

Saksikan Program Cari Menantu...
Di TV9 atau @Astro, channel 22...
Setiap Khamis, 9.30mlm...

Please vote 4 us...



Danial, Adawiah & Haziq Naim (anak buah)...


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net